FAQs & Contact

Soalan-soalan Lazim yang sering ditanyakan oleh user LamanRasmi.com serta info berguna yang anda perlu tahu mengenai servis yang ditawarkan di LamanRasmi.com. Sila hubungi kami melalui borang pertanyaan di bawah untuk sebarang maklumbalas.

Soalan Umum

Sangat mudah!. Klik link “Start FREE” atau Register dan isikan butiran yang diperlukan beserta email yang sah. Sila periksa Inbox email anda untuk link pengaktifan akaun hosting anda.

Sudah pasti! Tidak akan ada caj dikenakan sepanjang hidup anda. Anda cuma akan dicaj jika upgrade ke Plan-Plan yang lain atau bertukar ke Plan Premium.

Sudah pasti boleh! Setiap akaun akan diberikan subdomain PERCUMA di bawah domain utama kami. Anda boleh gunakan URL tersebut sebagai URL rasmi anda atau anda boleh Add-On / Park Domain berbayar di Cpanel Akaun anda apabila anda sudah mempunyai domain sendiri. Klik SINI untuk order domain.

Sudah pasti boleh! Anda cuma perlu daftar akaun FREE terlebih dahulu kemudian login ke CPanel > Addon Domains. Sila pastikan anda telah update “Nameserver” ke server LamanRasmi terlebih dahulu sebelum add domain. Rujuk Panduan Blog

Website berasaskan WordPress & Joomla dapat berfungsi dengan baik jika theme dan plugins yang digunakan tidak terlalu berat & kompleks. Themes yang berat serta plugins yang banyak amat sesuai digunakan di Plan Premium kami.

Ya, anda boleh aktifkan SSL percuma untuk Domain & Subdomain anda di LamanRasmi secara manual. SSL percuma hanya sah untuk 90 hari, anda perlu generate SSL percuma yang baru sebelum ianya tamat tempoh. Sila rujuk blog kami untuk cara aktifkan SSL.

HUB merupakan platform terbaru kami untuk memudahkan pengguna membuat tempahan servis-servis yang ditawarkan. Ianya juga menempatkan “TOOLS” digital untuk pembelajaran & meningkatkan pengetahuan digital pengguna. 

Ya! Akan tetapi dari semasa ke semasa kami akan memeriksa subdomain yang dipilih agar tiada unsur-unsur pornografi, malware, scam & yang tidak sepatutnya. Ini adalah untuk menjaga kredibiliti kami. Kami akan suspend akaun/subdomain yang tidak sesuai tanpa sebarang notis, dan user boleh mendaftar semula menggunakan nama akaun/subdomain yang lain.

Anda boleh submit borang pertanyaan di bawah untuk bertanya kepada Team Support kami sebarang soalan. Untuk jawapan ringkas & segera, anda juga boleh berkomunikasi dengan Agent Support kami melalui CHAT BOX di website ini. Anda juga boleh serta diskusi di Group Facebook kami.

Sila layari page “SERVICES” untuk servis berbayar yang kami & rakan usahasama kami tawarkan. Anda juga boleh mendapatkan servis professional daripada pihak luar. Sila hubungi Team Support kami untuk servis-servis lain. Anda juga boleh layari Grup FB serta blog kami untuk panduan membina website.

Ya, Benar! 100% Ad-Free. Untuk terus bertahan & menawarkan servis percuma, kami bergantung kepada Plan-Plan lain, Cpanel Ads serta komisen servis daripada Partners & Affiliates kami.

Terma-terma lain anda boleh dapati di sini dan penggunakan servis kami akan tertakluk secara langsung kepadanya.

Untuk delete/padam akaun free hosting anda secara manual, anda boleh emelkan kepada kami di [email protected] username anda. Sila hantar menggunakan emel yang berdaftar dengan username tersebut. Akaun anda akan dipadam dalam tempoh 60 hari.

Untuk delete/padam akaun secara automatik, sila delete/padam kesemua domains, subdomains & parked domains di dalam akaun anda. System akan autoscan dan delete akaun anda dalam 60-90 hari.

Sila periksa email newsletter yang anda telah terima dan klik di link ‘Unsubscribe’ yang terdapat di bahagian bawah sekali di dalam email tersebut.

Anda disarankan menggunakan contact form di bawah atau email ke [email protected] untuk sebarang pertanyaan/maklumbalas. Disebabkan permintaan yang terlalu tinggi, phone support hanya akan diberikan bagi tujuan tertentu sahaja. Kami juga akan memperkenalkan Premium Phone/Whatsapp Support di Marketplace tidak lama lagi.

Soalan Teknikal

Bagi menjaga kredibiliti dan reputasi network kami, website/script berupa Pornography, Adult Dating, Scam, Video/Sound Streaming, File Sharing, ShortURL, Warez Download, Pay-to-Click, Provokasi dan seangkatan adalah DILARANG. List penuh akan diberikan semasa pendaftaran.

Untuk point domain anda ke server kami, sila gunakan NAMESERVER berikut:
ns1.byet.org
ns2.byet.org
ns3.byet.org
ns4.byet.org

DNS Propagation akan mengambil masa 1-24 jam untuk update proses ini. Jika DNS masih belum update, Addon Domain di CPanel akan memberikan error.

Ya, Benar. Tiada sebarang ads/iklan/script tersembunyi di dalam website anda kerana kami faham ianya sangat menjengkelkan!

Semua Cluster Server kami berada di United Kingdom untuk capaian terpantas dari pengguna global.

Sangat Mudah! Anda boleh dapatkan addon FREE Plus / Multi jika anda memerlukan lebih Ruang, Bandwidth, Database atau Domain. Sila layari Hub LamanRasmi untuk upgrade ke lain-lain plan.

Untuk Upgrade ke Premium Plan, sila layari page Premium Hosting. Kami tidak menguruskan sebarang pendaftaran untuk premium hosting. Sila hubungi penyedia premium hosting yang telah anda pilih untuk bantuan.

Migration atau pemindahan data daripada FREE Hosting ke mana-mana PREMIUM Hosting memerlukan proses berikut:

  1. Backup data/website sedia ada di akaun FREE & muatnaik ke akaun hosting premium.
  2. Tukar Nameserver domain anda kepada Nameserver Premium hosting yang baru.
  3. Premium Hosting tidak menyokong subdomain percuma lamanrasmi.com, anda perlukan domain sendiri untuk digunakan di Premium Hosting.

Kami juga menyediakan servis migration data daripada FREE ke Premium atau Hosting yang lain. Sila layari Hub atau hubungi kami untuk info lanjut.

Selepas pendaftaran, anda disarankan untuk setup website anda dalam tempoh 1 BULAN. Minimum trafik yang diperlukan adalah 10 visit/bulan untuk kekal aktif. Jika anda masih tiada website yang berfungsi dalam tempoh tersebut, kami terpaksa suspend akaun anda untuk memberikan slot ruang kepada pengguna baru. Anda perlu register semula akaun seperti biasa.

Pihak LamanRasmi cuba memberikan servis yang terbaik. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memberikan jaminan atau waranti sekiranya berlaku bencana yang diluar kawalan kami seperti kehilangan data, kerosakan alatan, website dihack dan sebagainya. Anda disarankan untuk membuat offsite backup sekerap mungkin.

Tidak. Kami tidak menyediakan dan tidak mempunyai sebarang salinan website anda. Oleh itu anda dinasihatkan untuk melakukan backup sendiri bila perlu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Jika website anda terlalu berat, sistem server yang terhad tidak dapat memproses fail dan skrip. Ini akan membawa kepada connection timeout dan website lembap. Kami cadangkan anda untuk dapatkan hosting premium dengan spesifikasi yang sesuai.

Disebabkan spesifikasi serta sistem server adalah terhad, untuk skrip atau website yang menggunakan resource server seperti RAM dan CPU terlalu tinggi, sistem kami akan automatik suspend website tersebut untuk jangkamasa tertentu sehingga resource kembali normal. Ini bermaksud, skrip/website anda memerlukan spesifikasi hosting yang lebih tinggi daripada yang kami sediakan.

Sistem server kami dilengkapi dengan automasi keselamatan & pengurusan. Oleh itu, mana-mana akaun yang telah beberapa kali suspended akan secara automatik ditamatkan. Sistem antivirus kami juga akan automatik menamatkan akaun-akaun yang mengandungi script berbahaya & malware.

Anda boleh lihat spesifikasi penuh serta perbandingan plan web hosting di page Hosting. Secara teknikalnya free hosting kami terhad kepada 158MB RAM, 50k daily hits, 30k inodes dan juga tiada email (bagi mencegah spam).

Ada masalah? Emailkan sahaja ke [email protected]

RM 299
PERCUMA Selamanya

Tidak membebankan malah menjimatkan kos untuk web hosting.

0 +
App Installer

Lebih 200+ aplikasi web sedia untuk digunakan.

500 +
Pengguna Aktif

Lebih 900 akaun aktif di LamanRasmi.com. Jom sertai kami!

400 GB
Total Bandwidth

Lebih 800GB Bandwidth telah disumbangkan di internet oleh pengguna LamanRasmi.com

Hubungi Team Support kami di sini & Web Chat!